Calon STPM Jangan MALAS !

Kepada calon STPM, PORTAL STPM ingin menasihatkan agar tidak malas mengulangkaji pelajaran.anda harus rajin agar dapat memperoleh kejayaan dalam peperiksaan nanti.Pihak kami pernah merasai suasana seperti anda,belajar dalam kelas ketika usia 18/19 tahun sedangkan rakan-rakan yang lain telah mempunyai masa depan masing-masing yang baik,berpakaian sekolah..siapa peduli semua tu??

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 13 July 2012

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

1- 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
2- 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3- 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
4- 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
5- 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
6- 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7- 891 Multimedia Universiti (MMU)
8- 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9- 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
10- 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
11- 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12- 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
13- 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
14- 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
15- 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16- 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
17- 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18- 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
19- 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
20- 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
21- 2922 Open University Malaysia (OUM)
22- 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
23- 4083 International Medical University
24- 4232 Taylor’s University College
25- 4481 Tunku Abdul Rahman College
26- 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
27- 4644 University of Nottingham Malaysia
28- 4852 UCSI University
29- 4977 Monash University Malaysia
30- 5012 Malaysia Theological Seminary
31- 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
32- 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
33- 5931 Universiti Industri Selangor
34- 6045 Selangor International Islamic University College
35- 6075 Al Madinah International University
36- 6163 Wawasan Open University
37- 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
38- 6482 KDU College
39- 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
40- 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
41- 6978 Help University College
42- 7018 Sunway University College
43- 7031 INSANIAH University College
44- 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
45- 7361 Segi College
46- 8058 Malaysian Institute of Management

Monday, 2 July 2012

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.


01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.


02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.


05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


- Artikel iluvislam.com

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

KARANGAN BM-1 MURID 1 SUKAN


Soalan Contoh
Program 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran banyak memberikan manfaat kepada murid. 
Huraikan manfaat tersebut kepada murid.

Rangka Karangan
Pendahuluan
- Program 1Murid 1Sukan - pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar   penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
Isi
i. Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah - mengelakkan gejala negatif
ii. Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan dapat mengharumkan nama sekolah dan negara
iii. Mewujudkan budaya yang sihat - suka bersukan untuk kesihatan
iv. Menggalakkan penyertaan murid dalam sukan - setiap murid berpeluang
v. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum
Penutup
- Program ini banyak manfaatnya - perlu disokong oleh semua pihak  


Karangan Contoh
Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadiserampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar  penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan di bawah ini. 

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah.Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat kepada mereka.

Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam                                 bidang sukan itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.  Mereka dapat menyumbangkan bakat dan kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu, mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.  

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan sukan.  

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf  dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.   

Karangan Pra-U Penggal 1 Sesi 2012/13

Karangan Pra-U Penggal 1 Sesi 2012/13

Pelajar-pelajar Pra-U Penggal 1 Sesi 2012/13 perlu bersedia lebih awal dan berlatih untuk mengolah isi karangan supaya karangan itu lebih mantap. Hal ini demikian kerana, pada bulan November nanti peperiksaan Penggal 1 akan dihadapi oleh mereka. Yang berikut disenaraikan bidang tajuk esei, bentuk tugasan soalan, dan isu-isu karangan tersebut untuk dijadikan sebagai latihan.

Bidang Tajuk Esei
  • ekonomi 
  • pendidikan 
  • sukan dan rekreasi 
  • bahasa/seni/budaya/sastera 
  • sains dan teknologi 
  • kemanusiaan dan kemasyarakatan 
Bentuk Tugasan Soalan Esei
  • bincangkan
  • huraikan
  • jelaskan
  • berikan ulasan/pandangan/pendapat
  • berikan cadangan
  • berikan penilaian
  • bahaskan
  • sejauh manakah

Bil
Isu yang Dicadangkan / Bidang Tajuk Esei
Tugasan Soalan
1.
Peningkatan harga barang (ekonomi)

2.
Pusat Pendidikan Serantau (pendidikan)

3.
Kepentingan Kemudahan Sukan (sukan)

4.
Masalah Pencemaran Bahasa (bahasa)

5.
Baik Buruk Penggunaan Internet (sains dan teknologi)

6.
Masalah Pembuangan Bayi (kemanusiaan & kemasyarakatan)

7.
Pelaburan asing (ekonomi)

8.
Kebaikan atau Keburukan Institusi Pendidikan Swasta (pendidikan)

9.
Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa (sukan)

10.
Peranan Filem (seni/budaya)

11.
Negara Perindustrian Baharu (teknologi)

12.
Masalah Jenayah (kemanusiaan & kemasyarakatan)

13.
Penggunaan Kad Kredit (ekonomi)

14.
Permasalahan Sastera Melayu Lama (sastera)

15.
Gejala Vandalisme (kemanusiaan & kemasyarakatan)

16.
Fenomena Pemanasan Global (alam sekitar)

17.
Penguasaan Wanita dalam Perkhidmatan Awam(kemanusiaan & kemasyarakatan)

18.
Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (kemanusiaan & kemasyarakatan)

19.
Kepentingan Internet (teknologi)

Berdasarkan isu-isu karangan yang telah dicadangkan tadi, pelajar-pelajar perlulah memikirkan fokus soalannya dengan berdasarkan bentuk tugasan soalan esei yang disenaraikan di atas. Pelajar-pelajar perlu berlatih untuk membina soalan sendiri berdasarkan fokus soalan tersebut. Hal ini dapat membantu pelajar untuk mempertajam pemikiran bagi menulis karangan atau esei. Sila teliti soalan tahun-tahun lepas dan binalah soalan anda sendiri dengan berdasarkan soalan-soalan yang pernah dikeluarkan oleh MPM dalam peperiksaan STPM sebagai panduan.