Monday 2 July 2012

KARANGAN LARAS SASTERA (BAHAGIAN A) PENGAJIAN AM 2- KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Isu
Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (TMK)

Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (TMK) didorong oleh pelbagai aplikasi protokol dan peranti internet yang seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Bincangkan kepentingan TMK terhadap pembangunan negara.

Pengenalan:
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan pelan jangka panjang yang mampu mengubah landskap Teknologi maklumat dan Telekomunikasi (TMK) negara. TMK berupaya menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

A. Kepentingan TMK
1. Memantapkan pentadbiran negara
Kerajaan Elektronik - sistem pentadbiran kerajaan akan menggunakan TMK sepenuhnya. Segala data didokumentasikan untuk membolehkan pemprosesan data lebih pantas, cekap dan efisien.

2. Meramal fenomena dan kejadian alam ( remote sensing )
Kemajuan TMK melibatkan penggunaan satelit. Satelit berupaya meramal fenomena alam dan cuaca dunia. Cth: Tsunami. Teknologi ini juga penting dalam bidang pelayaran. Memberi panduan kepada pengguna laluan laut.

3. Melahirkan masyarakat saintifik
Kewujudan sistem sekolah bestari mampu melahirkan masyarakat saintifik dan berinovatif. Para pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia.

4. Hubungan antarabangsa
Penggunaan alat komunikasi seperti telefon, faksimili,internet dan persidangan video . Berita mutakhir, tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah dan cepat melalui rakaman dan siaran langsung .Hal ini akan merapatkan hubungan antara masyarakat dari negara-negara lain.

5. Meningkatkan tahap kesihatan
Kewujudan telekesihatan membantu para doktor tempatan untuk bertukar-tukar fikiran dengan doktor pakar dari negara luar. Penemuan ubatan dan teknologi perubatan yang terkini dapat disebarkan dengan pantas. Kaedah penjagaan kesihatan secara talian.

6. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D )
Rakyat tempatan boleh mempelajari dan memiliki teknologi canggih dari negara luar. Globalisasi mampu meningkatkan persaingan. Bagi mengatasinya, rakyat perlu meningkatkan kualiti produk menerusi R&D.

7. Meningkatkan ekonomi negara
Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan secara talian dan meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan lebih luas . Meningkatkan aliran masuk mata wang asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulan
TMK sememangnya penting dalam memajukan sesebuah negara. Namun, penyalahgunaannya akan memudaratkan masyarakat dan negara.


0 comments:

Post a Comment